Ikuti kami:


Maklumat Masjid

MASJID AS-SAADAH

MAKLUMAT MASJID
Alamat KAMPUNG TUA 32800 PARIT PERAK
Bandar SERI ISKANDAR
Mukim BELANJA
Daerah SERI ISKANDAR
Kategori MASJID JAMEK
AJK Tanah Wakaf Perkuburan -
Nombor Telefon -
Emel -
Media Sosial -

SEJARAH MASJID
Tarikh Dibina -
Tarikh Perasmian -
Nama Perasmi -
Kapasiti (Keluasan) -
Sejarah Pembinaan MASJID INI MEMPUNYAI 2 RUANG SOLAT. SATU BANGUNAN LAMA DI BINA DARI KAYU DAN SATU LAGI DI BINA DARI KONKRET YANGMANA KEDUA DUA BAHAGIAN INI DISAMBUNG DAN MENJADI 2 RUANG SOLAT. PENDAHULUAN MASJID AS SA’ADAH KAMPUNG TUA TERLETAK DISEBUAH PERKAMPUNGAN TRADISIONAL DI PESISIRAN SUNGAI PERAK DIDALAM DAERAH PERAK TENGAH DI MUKIM BELANJA DAN IANYA MERUPAKAN SEBUAH MASJID YANG TERTUA DIKALANGAN MASJID DI KAMPONG KAMPONG BERHAMPIRAN. MASJID AS SA’ADAH KAMPUNG TUA, MASJID YANG TERTUA DI BINA MUNGKIN SEKITAR TAHUN 30AN ATAU KURANG LAGI DAN MENGIKUT CERITA ORANG KAMPONG NAMA KAMPUNG NI PUN AMBIL SEMPENA DARI MASJID INI “MASJID TUA” DAN KAMPONG INI DINAMAKAN “KAMPUNG TUA”. UNTUK KE MASJID DARI JALAN PERSEKUTUAN TANJUNG BELANJA BOTA KIRI (72) PERLU MENGUNAKAN JALAN MASJID AS-SA’ADAH (A154), MASJID INI TERLETAK DI PERSIMPANGAN JALAN UTAMA KAMPUNG TUA (A154) DAN JALAN MASJID AS-SA’ADAH. MASJID INI DIBANGUNKAN BERHAMPIRAN SUNGAI KERANA DI MASA IA DI BANGUNKAN TIADA KEMUDAHAN SEPERTI AIR DAN KUASA ELEKTRIK, JADI SUMBAR AIR MENGHARAPKAN AIR DARI SUNGAI DAN HUJAN BEGITU JUA LAMPU MENGUNAKAN PELITA ATAU LAMPU PAM YANG LEBIH DIKENALI DENGAN LAMPU GASOLINE SEMUA PEKARA INI DILAKUKAN OLIH SIAK ATAU BILAL YANG BERTUGAS,DI MASA ITU PEMBESAR SUARA BELUM ADA MASJID MENGUNAKAN KERANTUNG DAN SEBUAH TABUH BAGI MENANDA MASUK WAKTU SOLAT ATAU TANDA BERBUKA PUASA SELAIN BUNYI SIARAN DARI BALAI BOMBA PEKAN PARIT, NAMUM KINI PEKARA ITU SEMUA TINGGAL KENANGAN APABILA SEMUA KEMUDAHAN AIR DAN KUASA ELEKTRIK TELAH DISALURKAN KE MASJID SEHINGGA KINI KERANTUNG MASIH LAGI TERGANTUNG SEBAGAI KENANGAN BUAT MASJID INI UNTUK JENARASI AKAN DATANG. MASJID INI MEMPUNYAI DUA (2) BLOK IAITU YANG LAMA DAN BARU. BLOK LAMA PADA ASALNYA DIBANGUNKAN SEKITAR TAHUN 30AN BERTIANGKAN KAYU, BERLANTAIKAN SIMEN DAN BERDINDING PAPAN LIDAH BERDIRI SERTA BERATAPKAN DAUN RUMBIA DAN KINI ATAP DAUN RUMBIA TELAH DITUKAR KEPADA ATAP ZIN TAPI DINDING DAN TIANGNYA MASIH KEKAL KAYU DAN PAPAN, CUMA TINGKAP DARI TINGKAP DAUN KAYU DITUKAR KE TINGKAP RAM KACA BOLIH LARAS. BAGI BLOK KEDUA DIBANGUNKAN PADA SEKITAR TAHUN 2002 YANG MANA BLOK DIBINA KESELURUHANYA KONKRET. DIMANA BLOK BARU DIJADIKAN RUANG SOLAT UTAMA DAN BLOK LAMA DI JADIKAN RUANG SOLAT KEDUA DAN DI RUANG INI JUGA DIADAKAN KELAS AL QURAN DAN KELAS AGAMA BAGI KAUM HAWA MENUNTUT ILMU DISETIAP MINGGU. KARIAH MASJID KARIAH MASJID INI TERDIRI DARI PENDUDUK DUA BUAH KAMPONG IAITU KAMPONG TUA DAN SEBAHAGIAN KAMPUNG NYIOR MENGIKUT SEMPADAN YANG TELAH DIWARTAKAN. PENGURUSAN MASJID PENGURUSAN MASJID ASSADAH KAMPUNG TUA TELAH DI TADBIR BEBERAPA ORANG SEBAGAI PENGERUSI YANG SILIH BERGANTI DAN DI BANTU OLIH BERAPA ORANG AHLI JAWATAN KUASA MASJID SEHINGGA KINI BEGITU JUGA SURAU YANG DITADBIR OLIH MASJID YANG MANA IA MEMPUNYAI AJK SURAU TERSENDIRI. PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1930. PENGERUSI : TUAN HJ. IMAM DARUS PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1940. PENGERUSI : TUAN HJ. NGAH RASHID PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1950. PENGERUSI : TUAN HJ. NGAH ALI PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1960. PENGERUSI : TUAN HJ. ABD MUTALIB MAT DERUS PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1970. PENGERUSI : TUAN HJ. SHAFEI NGAH ALI PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 1990. PENGERUSI : TUAN HJ. HJ. ISMAIL MOHAMAD PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 2000 HINGGA 2018 PENGERUSI : EN. AHMAD AZMI BIN ISMAIL PENGURUSAN MASJID AS SAADAH TAHUN 2018 HINGGA KINI. PENGERUSI : EN. BUSTANUDDIN BIN BUSTAMAM PEGAWAI MASJID 2 IMAM 2 BILAL. 2 SIAK. KEMUDAHAN MASJID SELAIN MEMPUNYAI DEWAN SOLAT MASJID INI JUGA MEMPUNYAI DEWAN SERBAGUNA 2 BUAH BILIK SEBAGAI SETOR PERALATAN. SEBUAH VAN JENAZAH. BILIK PENGURUSAN JENAZAH. 2 TANAH PERKUBURAN YANGMANA DIMANA TANAH PERKUBURAN HULU DAN HILIR. DIMANA TANAH PERKUBURAN HULU BIASANYA DIGUNAKAN OLIH KARIAH KAMPUNG TUA DAN SEBAHAGIAN KAMPUNG NYOIR DAN TANAH PERKUBURAN HILIR PULA DI GUNAKAN SEBAHAGIAN KARIAH KAMPUNG TUA DAN KAMPUNG BELANJA. RUANG WUDUK MUSLIMAT. RUANG SOLAT MUSLIMAT. TANDAS MULIMAT DAN MUSLIMIN. AKTIVITI DISEPANJANG TAHUN MASJID INI TELAH MENJALANKAN AKTIVITI SEPERTI BERIKUT :- SOLAT TARAWIH SEPANJANG RAMADHAN. MOREH. TADARUS. KELAS PENGAJIAN AGAMA UNTUK MUSLIMAT 2 KALI SEBULAN. KELAS AL QURAN UNTUK MUSLIMAT 4 KALI SEBULAN. KELAS PEGAJIAN AGAMA UNTUK MUSLIMIN 4 KALI SEBULAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL. KORBAN. GOTONG ROYUNG MASAK BUBUR ASYURA. GOTONG ROYONG AM 4 KALI SETAHUN. GEROBUK KONGSI REZEKI. MESYUARAT AJK MASJID 3 KALI SETAHUN (3 BULAN SEKALI) KEWANGAN DISEPANJANG TAHUN MASJID INI DITADBIR DENGAN KEWANGAN DISEDAKAHKAN OLIH AHLI KARIAH ATUA KUTIPAN JUMAAT DI SEPANJANG TAHUN ALHAMDULIH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT PENGURUSAN MASJID INI DAPAT DIURUS TADBIR DENGAN BAIK HASIL DARI SUMBANGAN AHLI KARIAH.
Jenis Masjid MASJID BESTARI
Keunikan Masjid SATU MASJID DIGABUNG LAMA DAN BARU.
Kos Pembinaan (RM) -
Sumber Kewangan KERAJAAN NEGERI
Coordinate Latitud / Longitud 4.494623 N / 100.913059 E

KEMUDAHAN MASJID
BILIK MANDI JENAZAH,BILIK MESYUARAT,DEWAN TERBUKA (MINI ARENA),MESIN PENAPIS AIR MINUMAN,PAPAN KENYATAAN,PARKING,RAK KASUT,RUANG MAKAN,SEJADAH,TANDAS AWAM,TELEKUNG,TEMPAT WUDHU',VAN JENAZAH

POPULASI DAN STATISTIK KARIAH
TABURAN BANGSA
Bangsa Bilangan Peratusan
MELAYU 704 99.86%
CINA 0 0.00%
INDIA 1 0.14%
LAIN-LAIN KAUM 0 0.00%
JUMLAH 705 100%
TABURAN JANTINA
Jantina Bilangan Peratusan
LELAKI 318 45.17%
PEREMPUAN 386 54.83%
JUMLAH 704 100%

KEMUDAHAN MASYARAKAT
Jenis Kemudahan Bilangan Unit
DEWAN BADMINTON 1
DEWAN ORANG RAMAI 1
GELANGGANG TAKRAW 1
KEDAI MAKAN 3
TAPAK PERKUBURAN 2
JUMLAH 8

Choose Your Color