Ikuti kami:


Bahagian Pengurusan Masjid

Sejarah
Bahagian Pengurusan Masjid

Sejarah penubuhan Bahagian Pengurusan Masjid adalah berasal daripada salah sebuah unit di dalam Bahagian Dakwah mulai tahun 1986 iaitu selepas penyusunan semula carta organisasi Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.


Pada keseluruhannya Unit ini bertanggungjawab kepada Jabatan Agama Islam Perak secara khusus mengenai masjid dan surau dalam Negeri Perak dari sudut pentadbiran, pengurusan dan membantu usaha-usaha pembangunan. Sebelum unit ini diwujudkan, pentadbiran dan pengurusan masjid adalah di bawah Bahagian Wakaf dan Masjid, Jabatan Hal Ehwal Ugama Perak.


Pada Mei 2000 Unit Kariah telah dipindahkan ke Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh dan dinaik taraf menjadi Bahagian Pengurusan Masjid. Walau bagaimanapun Bahagian ini hanyalah diwujudkan atas dasar pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak sahaja yang masih menunggu kelulusan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.





Masjid Haji Isa, Batu 8 Lekir






Masjid Panglima Kinta, Ipoh

Penubuhan


Kewujudan Bahagian Pengurusan Masjid ini pada masa itu adalah selaras dengan kehendak Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 Bahagian VI (Masjid dan Tempat Ibadah) yang telah dimansuhkan. Kini, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 sedang berkuatkuasa. Bahagian ini diketuai oleh seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Perak dengan menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah. Senarai pegawai kanan yang pernah mengetuai bahagian ini adalah seperti yang berikut:


  • S.F Tuan Haji Sheikh Muhammah Nor bin Mansor (2004 – 2006)
  • S.F Tuan Haji Sha’ari bin Sulaiman (2006 - 2007)
  • S.F Tuan Haji Kamal bin Mohd Noor (2007 - 2009)
  • S.F Tuan Haji Mohd Azam bin Hamzah (2010 - 2011)
  • S.F Tuan Haji Jamil bin Mohd Sapri (2011 - 2012)
  • S.F Tuan Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap (2012 – Feb 2023)
  • S.F Tuan Haji Firdaus bin Salleh (Mac 2023 - sehingga kini)

Objektif



vector-bg

1

Mengembalikan fungsi dan peranan masjid sebagaimana yang dikehendaki oleh Syarak


vector-bg

2

Menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan umat Islam, pusat penyebaran ilmu dan maklumat dan pemangkin kepada kemajuan umat Islam di dunia dan di akhirat.


vector-bg

3

Merealisasikan umat Islam sebagai umat yang terbaik.




Fungsi Bahagian Pengurusan Masjid



i- Pengurusan Masjid
(Kariah / Imarah / Takmir)


  • Mengemaskini hal-hal kewangan bahagian
  • Menguruskan proses penyediaan bajet bahagian
  • Menyemak tuntutan perjalanan atau elaun pegawai dan anggota bahagian
  • Menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai-pegawai dan anggota bahagian
  • Menguruskan urusan berkaitan kewangan bahagian dan mengemaskini hal-hal pentadbiran bahagian
  • Menguruskan urusan surat menyurat berkaitan perjawatan
  • Mengemaskini surat-surat masuk/keluar fail dan membuat minit di fail
  • Memproses pelantikan dan pentauliahan Jawatankuasa Kariah
  • Menjadi urusetia Hari-Hari Kebesaran Islam dan upacara rasmi Jabatan peringkat Negeri Perak
  • Menguruskan perlantikan dan perlucutan jawatan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa Surau
  • Menguruskan perasmian masjid dan lawatan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan / Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke masjid


  • Menyelaras latihan kepada anggota Jawatankuasa Kariah masjid serta surau.
  • Memproses pelantikan dan pentauliahan Pegawai Masjid dan Guru Takmir
  • Memproses pembayaran imbuhan dan elaun kepada Imam, Bilal, Guru Takmir
  • Mengurus pentadbiran masjid dan surau di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan.
  • Mengurus permohonan membina, meroboh dan menaiktaraf masjid, Surau Diri Jumaat dan surau seluruh negeri Perak
  • Menerbitkan teks khutbah jumaat dan khutbah multimedia (Masjid Negeri sahaja)
  • Mengurus hal-hal Pegawai Masjid dan surau di seluruh negeri Perak Darul Ridzuan
  • Menyelaras program-program pengimarahan dan takmir masjid
  • Mengurus pentadbiran masjid
  • Menjaga kebajikan warga masjid dan surau seperti Bantuan Haji Percuma, Saguhati Haji kepada Pegawai Masjid, Penganugerahan Pengurusan Masjid dan Tanah Perkuburan Terbaik, Saguhati Tahunan Pegawai dan Anggota Jawatankuasa Kariah.




ii- Pentadbiran

  • Merekod hasil kutipan tabung dan mengeluarkan resit pembayaran sewaan kemudahan masjid.
  • Mengurus pembayaran elaun kakitangan
  • Mengurus pembayaran semua jenis bil utiliti dan tuntutan pembayaran.
  • Menguruskan kewangan masjid mengikut peraturan kewangan yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan laporan/ minit mesyuarat.
  • Merekod dan menguruskan fail-fail masjid (pentadbiran, imarah, kewangan, syarikat pembersihan dan kawalan keselamatan).
  • Mengurus pentadbiran masjid
  • Merekod surat masuk dan surat keluar




iii- Masjid Negeri, Masjid Ubudiah, Masjid Sultan Azlan Shah & Masjid Muhibbuddin Shah
  • Merancang dan mengatur pengimarahan di masjid
  • Bertanggungjawab ke atas program-program masjid, dasar dan matlamat pembangunan insan sebagaimana yang telah ditentukan terhadap bahagian pengurusan masjid.
  • Melaksanakan program pengajian masjid yang bersistematik melibatkan program harian, mingguan , bulanan dan tahunan
  • Melaksanakan program-program masjid yang dirancang


Masjid Yang Dibiayai Sepenuhnya Oleh Kerajaan


  • Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri), Ipoh Perak
  • Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak
  • Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak
  • Masjid Muhibbuddin Shah, Jalan Hospital, Ipoh, Perak
  • Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Jalan Besar, Kampung Serani, Batu Gajah, Perak
  • Masjid Al-Badr Seribu Selawat, Teluk Gadong, Pulau Pangkor, Perak

* Kesemua masjid ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan dan disediakan dengan Pegawai Masjid tetap daripada kakitangan Kerajaan.






Masjid Sultan Yusuf Izzuddin Shah, Seri Iskandar


Senarai Masjid Berstatus Masjid Daerah


Daerah Nama Masjid
Kerian Masjid Daerah Kerian
Larut Matang (Taiping) Masjid Daerah Taiping
Hulu Perak Masjid Jamek Gerik
Kuala Kangsar Masjid Ridzuaniah
Kinta Masjid Toh Puan Besar Hatijah
Perak Tengah Masjid Sultan Yussuf Izzuddin Shah
Manjung Masjid Nurul Hidayah, Manjung
Hilir Perak Masjid Sultan Idris Shah II, Teluk Intan
Bagan Datuk Masjid Al-Aula, Hutan Melintang
Kampar Masjid An Nur
Batang Padang Masjid Sultan Nazrin Mu’izzuddin Shah
Muallim Masjid Sultan Idris Shah II

* Semua Masjid Daerah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan akan disediakan Pegawai Masjid tetap daripada kakitangan Kerajaan.




Senarai Masjid Berstatus Masjid Daerah Kecil


Daerah Nama Masjid
Bagan Serai Masjid Jamek Bagan Serai
Selama Majlis Rushdiah
Pengkalan Hulu Masjid Jamek Pengkalan Hulu
Lenggong Masjid Jamek Lenggong
Sungai Siput Masjid Ghufraniah
Ipoh Masjid Raja Nazrin Shah
Kampong Gajah Masjid Sultan Azlan Shah

* Semua Masjid Daerah Kecil dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah dan akan disediakan Pegawai Masjid seperti Masjid - Masjid Daerah.






Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh


Bilangan Kariah


Terdapat sebanyak 627 buah kariah masjid dan 65 kariah Surau Diri Jumaat di seluruh Negeri Perak.


* Kemaskini: April 2023






Jawatankuasa Kariah Dalam Negeri Perak


Setiap kariah, anggota Jawatankuasa Kariah yang dilantik perlu mengikut Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015 yang terdiri daripada :






Jawatan Jumlah
Pengerusi 1 Orang
Timbalan Pengerusi 1 Orang
Setiausaha 1 Orang
Penolong Setiausaha 1 Orang
Bendahari 1 Orang
Ahli Jawatankuasa terdiri dari :-
  • Wakil Pegawai Masjid
  • Wakil Wanita
  • Wakil Belia
  • Wakil Setiap Surau Dalam Kariah
  • Wakil Masjid Ghairul Jamek
  • Lantikan MAIPk

  • 1 Orang
  • 2 Orang
  • 1 Orang
  • * Jika ada
  • * Jika ada
  • tidak lebih dari 5 orang




Senarai Undang - Undang dan Peraturan Yang Berkuatkuasa


  • Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004
  • Enakmen Jenayah (Syariah) 1992
  • Enakmen Wakaf (Perak) 2015
  • Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kariah Negeri Perak 2015
  • Peraturan-Peraturan Pegawai Masjid Negeri Perak 2018
  • Peraturan-Peraturan Pengawasan Pengajaran dan Syarahan Agama 2013
  • Peraturan-Peraturan Zakat dan Fitrah 1975




Masjid Al-Badr (Masjid Seribu Selawat), Pangkor