Portal i-Kariah
Pengenalan
Demi untuk mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan yang lebih efektif kepada Keluarga Malaysia amnya dan khususnya kepada warga Perak. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak (BPM, JAIPK) amat komited untuk menaiktaraf laman web i-Kariah ini. Ia mampu dicapai dengan mudah oleh semua pelanggan yang ingin berurusan berkaitan pengurusan dan pentadbiran masjid.
Selain itu, Sistem Pengurusan Masjid Negeri Perak atau kini dikenali sebagai portal e-Masjid adalah sebuah sistem pengurusan untuk meningkatkan kualiti pengurusan dalaman terutamanya penyimpanan dan pencarian maklumat secara digital.
Perkara yang dilakukan ini adalah bertujuan menyahut seruan kerajaan untuk memberi perkhidmatan pendigitalan sektor awam dan meningkatkan kecekapan dan kualiti pengurusan terutamanya penyimpanan dan pencarian maklumat secara digital. Perkara ini, sekaligus mampu menjadi pemangkin kelancaran penyampaian kerajaan secara dalam talian pihak awam.
Masjid Haji Isa, Batu 8 Lekir
Masjid Panglima Kinta, Ipoh
Harapan
Sudah menjadi perkara rutin, Bahagian Pengurusan Masjid akan melakukan penambahbaikan laman ini dijalankan saban tahun demi untuk mencapai kepuasan penawaran perkhidmatan yang maksima dan terbaik kepada Keluaga Malaysia.
Semoga usaha kecil ini iaitu perkhidmatan pengurusan masjid di Negeri Perak akan merealisasikan pesanan baginda Nabi Muhammad SAW sebagaimana yang berikut:
"Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)