Soalan Lazim
Soalan Lazim
-
Apakah sebenarnya fungsi Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Fungsi bahagian ini adalah seperti yang berikut :
- Menguruskan pelantikan dan pentauliahan Ahli Jawatankuasa Qaryah.
- Menguruskan lantikan dan pentauliahan pegawai masjid.
- Menyelia dan mengawal perjalanan masjid dan surau.
- Menguruskan program dan latihan kepada Jawatankuasa Qaryah dan Pegawai Masjid.
- Menguruskan Sekolah Tadika, Kelas KAFA dan kelas agama di Masjid Negeri.
- Menguruskan kelas pengajian Takmir di masjid dan surau
-
Bagaimanakah prosedur bagi permohonan membina masjid atau surau baharu, menaik taraf surau kepada Surau Diri Jumaat / Masjid dan mengubahsuai struktur masjid surau?
Sebarang permohonan rumah ibadat Islam bolehlah dibuat melalui sistem i-Kariah Negeri Perak.
-
Di manakah saluran yang sebaiknya untuk saya membuat sebarang aduan berkaitan masjid surau?
Sebarang aduan berkaitan masjid dan surau boleh dihantar ke i-Aduan menerusi sistem i-Kariah Negeri Perak.
-
Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas kepada Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)?
Sebarang pertanyaan, cadangan, maklumbalas dan aduan boleh dihantar melalui Borang Maklumbalas & Cadangan di laman web rasmi JAIPk atau diemelkan ke alamat bahagianpengurusanmasjid@gmail.com
-
Apakah dasar privasi portal?
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
-
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi pihak Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPk?
Bahagian Pengurusan Masjid boleh dihubungi di alamat berikut : Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Perak, d/a Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri Perak), Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak atau hubungi di talian 05-2548853.